Jumaat, 30 Mac 2012

~NASI MINYAK ALA2 NASI HUJAN PANAS~

Hai kawan2...hari ni saje je aku nak copy paste balik resepi kat atas tu..xdkeje nak buat kan...tengah cuti ni..apelagi jom la bantai copy resepi je..heheh..:-)


Bahan2 :-)
  • 6/7 biji bawang besar(amek sebiji untuk hirisan)
  • 4 ulas bawang putih
  • seinci/sebesar ibu jari halia
  • 4 batang serai
  • 7/8 pot beras wangi atau beras biasa
  • 7/8 pot air paip
  • 2 cawan susu cair
  • 1 cawan / 1 pot air stok ayam(rebusan kaki ayam)
  • 2 ketul kiub pati ayam
  • Kismis dan badam ikut suke nak banyak mana pon
  • Minyak dan margerin pon secukupnya
  • Gula dan garam secukupnya.
Cara2 memasaknya :-
  • First masukkan minyak dan margerin dalam periuk yang disediakan.
  • Periuk dah panas,tumiskan hirisan bawang dan halia untuk menaikkan aromanya.
  • Lepas tu,masukkan pula bahan2 basah seperti bawang besar,putih,halia,serai yang dah siap diblender.
  • Tunggu dia naik minyak dulu barulah masukkan air stok ayam tadi.Air stok ni untuk menaikkan lagi kesedapan sesuatu makanan tu.
  • Kemudian masukkan susu cair dalam periuk dan kacau rata.
  • Terakhir korang dah boleh masukkan beras dan air paip yang dah siap diukur tadi.
  • Kacaukan rata dan tutup perik tu yang ditimpa dengan mangkuk lesung batu agar wapnya tidak lari dari nasi itu.
  • Kalau nak dapatkan hasil nasi yang wangi,masukkan 2,3 helai daun pandan.
  • Bila dah tanak,masukkan la plak kismis dan badam tu dalm nasi tadi.Perlu ingat ye..kismis dan badam xboleh masuk telalu awal kerana ia akan merosakkan tekstur nasi tersebut.
  • Terakhir jangan lupa letak gula dan garam ye..

Ni hasilnya bila dah siap masak...:-
lawa kan...:-)
macam nasi hujan panaskan...:-)

~PROSES PEMBUATAN PIZZA KU SENDIRI~

Assalamualaikum semua....


Bahan2 :-

  • 1000 gram tepung cap sauh
  • 140 gram gula pasir
  • 20 gram garam
  • 102 gram margerin
  • 20 gram yis
  • 10 gram improver
  • 20 gram softener
  • 2 biji telur ayam
  • 500 gram air paip(guna air suam pon oke sbb leb lembut)
  • 30 gram susu tepung(untuk tambah rase sedap)


Cara2 membuatnya :-

  • Masukkan tepung,yis,margerin,improver,softener,telur,garam,gula dan susu kedalam mangkuk pengadun.Gaul semua bahan sampai rata.
  • Kemudian masukkan air dan uli hingga jadi doh.
  • Uli selama 1/2 atau 1 jam supaya ia betul2 lembut.
  • Kemudian,bahagikan tepung tu kepada bentuk bulat yang siap ditimbang sebanyak 50/60 gram.Klau nak kecik sikit..timbang 40 gram je..memang la comel.
  • Lepas tu,gelekkan doh bulat yang dah siap ditimbang tadi dan jadikan ikut bentuk yang and suka.
  • Sebelum bakar,hiaskan doh pizza tadi dengan pelbagai jenis hiasan..seperti sosej,sayur campur,sos,mayonis,keju,udang,dan ape2 je.
  • Tunggu dia naik dulu dan lepas tu baru boleh bakar.
  • Bakar ikut suhu oven masing2.
  • Dah siap  bakar,sapukan sikit dengan margerin ditepi2 roti supaya ia kelihatan lebih berkilat.
  • Jemput makan.
*Sekeping harganya rm1.30
*Seloyang harganya rm20

Okey..ni sikit gambar2 pizza sebelum dan selepas dibakar...
bentuk suke hatiku..

dah siap dihias

sekadar gunakan tutup periuk sebb xd dulang khas

dah mula naik

masih panas2 lagi

siap untuk dipacking dan dijual


ada orang oder yang saiz besar

Isnin, 26 Mac 2012

~RESEPI TIRAMISU~

Assalamualaikum semua sahabat2....

Bahan2 basah :-

  • 250gram cream cheese
  • 100gram butter/margerin
  • 100-150gram yogurt kosong atau berperisa
  • 1/2 cawan gula aising
  • Biskut merry secukupnya
  • Kek span atau ape saje (jika mahu letak kek sahaja)
  • Ibu nescafe/kopi suam
  • Serbuk koko/coklat/kopi /nescafe (guna mana yang ada je)

Cara2 mengadunnya :-

  • Blender cheese dengan butter/margerin,gula dengan yogurt pukul sampai kembang.
  • Sediakan bekas lain untuk susun cheese bersama biskut2.
  • Susun kek/biskut merry dengn kemas.
  • Lapiskan loyang dengan cheese yang siap dibancuh di atas biskut tadi.
  • Tuang sikit ibu nescafe ke biskut/kek biar ia meresap.
  • Ulangi proses sampai habis.
  • Lepas siap,simpan dalam peti sejuk selama 4/5 jam ataupon dibiarkan semalaman.
Nihasil gambar Tiramisu yang telah siap :-
nampak sedap kan..?..

~APAM ICE CREAM SODA KU~

Assalamualaikum w.b.t..........

Seperti biasa kite perlukan bahan2 yang cukup untuk memulakan sesuatu kerja..tanpa bahan yang xcukup tidak sempurnalah kerja kita..betol x???...kalau ada jugak yang jawab xbetol..tu maknanya dia pasti jenis orang yang suka buat kerja sememeh je..xkemas..buat ikut suke hati je..betol x?..hahaha..jangan marah..tu cume andaian saya je..tapi hakikatnya memang ada yang seperti tu kan....:-)....okelah..xnak buang masa dengan membebel je...ni nak kongsi resepi yang dah sedia ada kat blog lagi 1 saya tu..saya cuma nak pindahkan sume resepi2 kat sana kat blog yang baru ni..biar senang sape2 nak buat rujukan...sebenarnya blog lagi 1 tu saya khaskan untuk penulisan kisah hati saya..kisah kehidupan saya...jadi saya rasa dah tibe masanya saya asingkan blog antara "masakan" dan "masalah"....hope you all understood me....:-)...resepi kat blog lama saya xkan padam..biar ia bersemadi disana....:-)..
Jom start resepi......


Bahan2 A :-

  • Telur 3 biji
  • Gula kastor 2 cawan
  • Tepung cap sauh 3 cawan
  • Ovelette 1 sudu
  • Ice cream soda 1 tin
  • Vanilla 1 tutup kecil

Bahan2 B:-

  • Acu plastik ikut saiz yang disukai
  • Papercup ikut saiz acu plastik
  • Tempat kukus
  • Pewarna merah,kuning dan hijau(kalau nak plaint pon boleh)

Cara2 membuatnya :-

  •  Pukul telur,gula dan vanilla hingga betul2 kembang. 
  •  Masukkan ovelette dan kacau hingga pekat.
  •  Kemudian tuangkan habis ice cream soda kedalam adunan.
  •  Akhir sekali,masukkan tepung cap sauh dan kacau hingga sebati. 
  •  Lepas itu,bahagikan tepung tadi kepada 3 bahagian,setiap 1 bahagian  letakkan 1 warna yang   berbeza.
  • Masukkan tepung tadi kedalam acuan kertas yang telah diletakkan ke dalam acuan plastik tadi. 
  • Setelah siap,kukus tepung tadi kedalam tempat pengukus. 
  • Masak dan siap dihidangkan.(Selamat mencuba)....
Inilah hasilnya bila telah siap dimasak :- 
gebu bukan..yang pasti ia memang enak.

menarik tidak bila anda melihatnya??

berwarna-warni..



Jumaat, 23 Mac 2012

~PEMBUKAAN BLOG MASAKANKU~

Assalamualaikum w.b.t......

Hai sume....masih ingat pada saya??,,saya hidayah...blogger yang memiliki blog maimutiara.blogspot.com...tu blog pertama saya..ni blog yang kedua saya...blog maimutiara adalah blog yang berkisarkan tentang kehidupan saya dan segala yang ada pada saya...ape yang saya nak luahkan dan apa yang saya nak kongsi....tapi kini kewujudan blog kedua saya ini adalah untuk memisahkan antara masalah dan kegilaan saya pada masakan...bagi sesape yang memang minat pada masakan..xkira masak lauk ke..masak nasi2 ke..buat kek ke dan ape2 jela...boleh la jenguk2 blog saya yang baru ni....mungkin saya akan melakukan banyak kesilapan...tapi diharap sahabat2 boleh membantu saya jika saya ada tersilap mengenai resepi2 atau ape saje....

Okela...saya xnak berceloteh banyak2...penat bila bercakap sesuatu yang xd faedahnya...betol x?ok3....ni bukan laman untuk mengomel ye mai...ni blog untuk letak resepi masakan je....jangan lupa tu....hehe...baiklah kita berhenti sampai sini dulu...ada masa lagi nanti saya kogsikan bersama anda resepi2 yang saya pernah masak...sampai jumpa lagi...andai sudi silalah ziarah blog saya ini...salam ziarah buat anda sume....waalaikumsalam.....:-)