Jumaat, 30 Mac 2012

~NASI MINYAK ALA2 NASI HUJAN PANAS~

Hai kawan2...hari ni saje je aku nak copy paste balik resepi kat atas tu..xdkeje nak buat kan...tengah cuti ni..apelagi jom la bantai copy resepi je..heheh..:-)


Bahan2 :-)
  • 6/7 biji bawang besar(amek sebiji untuk hirisan)
  • 4 ulas bawang putih
  • seinci/sebesar ibu jari halia
  • 4 batang serai
  • 7/8 pot beras wangi atau beras biasa
  • 7/8 pot air paip
  • 2 cawan susu cair
  • 1 cawan / 1 pot air stok ayam(rebusan kaki ayam)
  • 2 ketul kiub pati ayam
  • Kismis dan badam ikut suke nak banyak mana pon
  • Minyak dan margerin pon secukupnya
  • Gula dan garam secukupnya.
Cara2 memasaknya :-
  • First masukkan minyak dan margerin dalam periuk yang disediakan.
  • Periuk dah panas,tumiskan hirisan bawang dan halia untuk menaikkan aromanya.
  • Lepas tu,masukkan pula bahan2 basah seperti bawang besar,putih,halia,serai yang dah siap diblender.
  • Tunggu dia naik minyak dulu barulah masukkan air stok ayam tadi.Air stok ni untuk menaikkan lagi kesedapan sesuatu makanan tu.
  • Kemudian masukkan susu cair dalam periuk dan kacau rata.
  • Terakhir korang dah boleh masukkan beras dan air paip yang dah siap diukur tadi.
  • Kacaukan rata dan tutup perik tu yang ditimpa dengan mangkuk lesung batu agar wapnya tidak lari dari nasi itu.
  • Kalau nak dapatkan hasil nasi yang wangi,masukkan 2,3 helai daun pandan.
  • Bila dah tanak,masukkan la plak kismis dan badam tu dalm nasi tadi.Perlu ingat ye..kismis dan badam xboleh masuk telalu awal kerana ia akan merosakkan tekstur nasi tersebut.
  • Terakhir jangan lupa letak gula dan garam ye..

Ni hasilnya bila dah siap masak...:-
lawa kan...:-)
macam nasi hujan panaskan...:-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan