Bahan2 :-)
- 6/7 biji bawang besar(amek sebiji untuk hirisan)
- 4 ulas bawang putih
- seinci/sebesar ibu jari halia
- 4 batang serai
- 7/8 pot beras wangi atau beras biasa
- 7/8 pot air paip
- 2 cawan susu cair
- 1 cawan / 1 pot air stok ayam(rebusan kaki ayam)
- 2 ketul kiub pati ayam
- Kismis dan badam ikut suke nak banyak mana pon
- Minyak dan margerin pon secukupnya
- Gula dan garam secukupnya.
Cara2 memasaknya :-
- First masukkan minyak dan margerin dalam periuk yang disediakan.
- Periuk dah panas,tumiskan hirisan bawang dan halia untuk menaikkan aromanya.
- Lepas tu,masukkan pula bahan2 basah seperti bawang besar,putih,halia,serai yang dah siap diblender.
- Tunggu dia naik minyak dulu barulah masukkan air stok ayam tadi.Air stok ni untuk menaikkan lagi kesedapan sesuatu makanan tu.
- Kemudian masukkan susu cair dalam periuk dan kacau rata.
- Terakhir korang dah boleh masukkan beras dan air paip yang dah siap diukur tadi.
- Kacaukan rata dan tutup perik tu yang ditimpa dengan mangkuk lesung batu agar wapnya tidak lari dari nasi itu.
- Kalau nak dapatkan hasil nasi yang wangi,masukkan 2,3 helai daun pandan.
- Bila dah tanak,masukkan la plak kismis dan badam tu dalm nasi tadi.Perlu ingat ye..kismis dan badam xboleh masuk telalu awal kerana ia akan merosakkan tekstur nasi tersebut.
- Terakhir jangan lupa letak gula dan garam ye..
lawa kan...:-) |
macam nasi hujan panaskan...:-) |